Cara Memasak Pulut Kuning


Cara Memasak Pulut Kuning: suka dengan pulut kuning tapi masih bingung cara pembuatannya? dan ingin coba sendiri memasak pulut kuning di rumah? berikut bahan-bahan dan cara pembuatannya pertama-tama teman-teman mesti siapkan terlebih dahulu bahan dibawah berikut :
  • 5 cawan beras pulut
  • Susu
  • 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
  • 400ml cawan santan pekat
  • 2-3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Bila bahan-bahan di atas sudah disiapkan selanjutnya kita coba masuk ke cara pembuatannya

  1. Rendam bersa pulut terlebih dahulu di gabung dengan kunyit sekitar 1 malam atau bisa juga 4-6 jam supaya lembut
  2. Angkat dan Tuuskan beras pulut beberapa saat.
  3. Lalu Panaskan periuk pengukus, kukus beras pulut selama 30 sampai 45 menit.
  4. Pastikan anda kacau dan alihkan beras pulut di dalam periuk kukusan ketika 15 minit pertama dikukus tadi agar beras pulut masak dengan sekata.
  5. Masak santan pekat dengan api yang perlahan. Tambahkan air jika terlalu pekat.
  6. Tambahkan garam ke dalam santan dan pastikan anda kacau santan sambil memasak agar tidak pecah minyak.
  7. Setelah santan agak panas, padamkan api.
  8. Selepas itu, masukkan pulut yang telah masak tadi ke dalam bekas dan tuangkan santan ke atasnya. Pastikan santan meliputi seluruh pulut.
  9. Rehatkan seketika dalam 5 minit agar santan meresap ke dalam pulut.
  10. Kemudiannya gemburkan pulut sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika anada rasa kurang santan, boleh tambah lagi santan dan gemburkan sehingga sebati.
  11. Pastikan proses menggembur dilakukan semasa pulut dan santan masih panas.
  12. Pulut kuning siap untuk dimakan.
Selamat mencoba


Back To Top